[Travel] Melaka : Swiss Garden Hotel, Capati Pulau Gadong, Kuih Keria Antarabangsa & Annivesary

Thursday, November 24, 2016

Bercuti ke Melaka memang satu idea yang datang tiba-tiba. Sebenarnya, ulang tahun perkahwinan pun kami lupa. Masing-masing sibuk, balik kerja pakat tidur awal especially Wa. Masa nak tidurkan Ziyad, terus cepat saja mata ni terlelap. That week, memang stress dengan kerja. Tiba-tiba terdetik nak pergi bercuti. Actually MIL yang remind pasal our annivesarry haha, which that time memang takda plan apa pun. Dah terfikir terus whatsapp suami kata "Jom this weekend pergi Melaka!" Si Dia pun reply OK! Malam tu terus kami book hotel Swiss Garden sebab sebelum ni ada ternampak kawan Wa bergambar dekat pool kanak-kanak, terus fikir "Best gila kalau dapat bawa Ziyad!"


Alhamdulillah ada kosong, memang hotel ni laku macam goreng pisang. Pergi 2 hari 1 malam pun dah memadai. Harga cuma RM188 saja. Kami bertolak dalam pukul 11.30 tengah hari, dan tiba di sana pun hampir pukul 2 petang. Hotel ini terletak diatas Tangs (baru dibuka) Ini salah satu faktor yang best selain kolam mandi haha. Kalau boring-boring boleh cuci mata sekejap. Oh, ada aquarium yang sesuai untuk kanak-kanak (ala Aquaria mungkin). Muka exited !!! Oh red lips from @shinnigshop, seriously best sebab matte and highly pigmented. Abaikan dagu kami.


Bilik Hotel Yang Luas

Selepas check in, kami terus menuju ke bilik..dari kaunter check in, menuju ke lif dan ke bilik, agak jauh sedikit dan perlu menukar lif kerana  bilik kami berada di blok yang berlainan. Jadi kalau anda seorang yang gelabah sensorang rajin-rajin bertanya hehe. Menuju ke tingkat 15, suasana koridor agak sunyi. Iyalah hotel hahaha. Tapi style dia, macam apartment mewah, gitu. Sekali lagi lupa nak snap gambar koridor.... tapi .memang berpuas hati. Luas, siap ada balkoni. Toilet dia pun besar. Siap ada tempat masak huhu. 




Kolam Mandi Kanak-Kanak Paling Best

Dan yang paling di nanti-nanti. Swimming pool dia yang memang best!!! Pool kanak-kanak memang besar dan tak strict pun untuk pakaian, asal uol pandai la jaga anak masing-masing. Lifeguard memang ada jaga dan juga di sediakan tuala mandi, tak perlu susah payah turun lif bawah tuala hotel ye. Masa ni uols pun lupa yang diri sendiri dah tua. Sebab orang dewasa pun seronok main kat sini. Di sebelah sini adalah bahagian kanak-kanak, sebelahnya untuk dewasa. Wa lupe nak snap gambar kat sana tapi ada jakuzzi tau.




Gym


Kalau anda kaki gym, sila la pergi kat sini, tengok aja permandangan kat luar, seronokkan? Memang ada kelas lah suasana kat sini. Kat sini lah kolam dewasa tu, ada cermin yang hadang. Petak putih tu jakuzzi. Tak pasti kedalaman dia berapa.

Kolam Mandi Dewasa




Selain daripada kolam diatas tadi, terdapat dua kolam mandi dewasa yang besar dan mempunyai permandangan di tengah-tengah bandar. Ala-ala infiniti pool la juga. Kedalam hanya 1.4 meter saja. Dua kolam tu terletak di aras yang sama bawah 2 blok berlainan. Besar sangat besar, rasanya tak perlu berebut lagi ! Selalu kalau nak mandi, penuh sangat orang kat kolam kan, sampai rasa tak selesa nak mandi. Jangan risau, kat sini ada 3 kolam dewasa yang luas terbentang.

Bilik Air + Sauna

Satu je yang Wa rasa tak berapa nak best, bilik mandi dia satu saja dan bilik buang air ada 2 kalau tak silap, sangat sikit tapi dua kali Wa masuk takda berebut dan ramai orang pun. Cuma orang ada juga tunggu sebab bilik air satu saja. Dalam bilik air tu, ada sauna. Best kot! Takda orang pun yang guna. Wa cuba la beberapa minit, lama-lama macam takut pula haha. Tu pun pintu kasi renggang sikit, tetiba teringat cerita Final Destination adoiiii.

Capati Pulau Gadong

Capati ni Wa pernah cerita masa pergi trip Melaka yang lepas masa honeymoon. Apa yang best memang homemade dan orang Melayu yang buat. Kuah cicah tu yang buat kita menambah selera. Yang tertarik kat sini, kuah dia ada Asam Pedas Ikan Mayong (selalu dah habis), Sambal Sardin (pedas jugak) dan Kari Kambing. Tak pasti ada kuah lain ke tak, tapi ni yang selalu kami order. Satu memang tak cukup hehe. Seorang makan dua keping baru kenyang.




Kuih Keria Antarabangsa, Limbong

Kuih Keria ni memang popular kat Melaka, selain daripada korang cari Coconut Shake kat Melaka. Selama ni, Wa tak pernah rasa pun walau pun dah memang selalu lalu kat kedai ni sebab rumah pak cik kat belakang kedai ni saja. If orang lain beli pun, Wa tak pernah merasa. Nak di jadikan cerita, lepas check out hari Sabtu, kami pun menuju ke tempat ni. Pukul 12.15 tengah hari, kuih masih lagi belum dijual, rupa-rupanya pukul 1 baru lah bermula jualan, itu pun kedai dah mula penuh dengan orang. Beratur panjang tu jangan cakap lah, sampai keluar. En Suami beratur 1 jam lebih demi nak merealisasikan impian bini tercinta. Nak balik, rasa macam rugi sebab dah beratur. Tepat pukul 1.15 petang, kuih keria panas-panas keluar. Bila dah keluar tu memang cepat je line dia berjalan.

20 biji RM10 kalau tak silap, istimewa kuih keria ni disalut dengan gula melaka. Gula merah melaka tu memang sedap. Tapi pada pendapat Wa bukan la selera tekak Wa. Kuih tu agak keras, kalau lembut mungkin lebih sedap. Mungkin ada kedai keria lain yang sedap, sebab dengar-dengar kuih keria antarabangsa ni, bukan ada 1 kedai saja di Melaka.

Annivesary

Tahun ni masuk tahun kedua perkahwinan kami. Alhamdulillah dikurnikan seorang anak, hadiah yang paling termanis dalam hidup kami. Sejak berkawan, kami tidak ada wajibkan perlu beri hadiah setiap tahun untuk keraian tertentu. Selalunya, paling ok pun kami pergi makan. Mungkin kami tak kesah, jika ada alhamdulillah, jika tiada pun takpa..Bagi Wa, percutian macam ni lebih bermakna dari hadiah dalam bentuk barangan :) terima kasih En Suami.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.