[Resepi] Salad Kentang Daging Super Sedap

on
July 22, 2016
Resepi ni direka oleh Mama. Memang setiap kali ada buat makan-makan kat BBQ ke, mesti Mama akan sediakan salad kentang ni. Pengganti kepada mash potato actually, tapi lebih sedap! Jom kita tengok step by step.

Salad Kentang Daging

Bahan- bahan
Kentang Besar
Daun Bawang
Bawang Holland
Daging Kisar Ramlee
Lada Benggala (optional)
Mayonis
Lemon
Cheese (optional)

Mula-mula tumiskan bawang. Saya suka potongkan dadu. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga masak. Boleh juga masukkan black pepper dan white pepper kalau suka.



Sebelum tu jangan lupa rebus kentang. Selalunya Wa tak kupas dulu kulit. Bila dah empuk tapikan air dan alurkan dengan air sejuk. Terus kupas, tak perlu pisau, guna jari pun boleh. Senang sangat. Potong dadu ikut saiz yang anda suka. Kalau boleh jangan la besar sangat :)



Bila dua bahan tadi siap boleh la sesi campak-campak dan gaul sebati. Sediakan bekas besar yang senang nak gaul.



Masukkan kesemua bahan diatas tadi, iaitu bawang holland segar (potong dadu - wa suka letak lagi sebab rasa krap krup masa makan hehe), lada benggla (kasi warna-warni sikit salad, potong dadu yang halus2 cantik), daun bawang, cheese jika suka, mayonis sesedap rasa (selalunya banyak hehe), dan last sekali lemon. Haaa lemon ni sedap kalau letak bagi nak hilangkan rasa muak-muak kentang dan daging tadi.



SIAP!!!!! Memang kegeraman suami lah resepi ni, tambah ada Kambing Bakar dan Sos Cendawan. Nak resepi sos cendawan ke??? Nanti Wa share k :) Stay tuned. Kambing selalu Wa beli kat Sri Ternak, murah sikit. Ada 5-7 keping dalam RM20++ New Zealand punya. Kami perap kadang-kadang lebih sedap kalau letak black pepper, chillie flakes, gula perang, dan garam sikit. Ni kepada yang suka kering-kering.



Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9