Pregnancy Update : 35-36 Minggu Kehamilan, Soalan Orang Ramai, Pilihan Hospital, Perut turun Sakit Pinggang Sengugut, Ngilu!

Monday, August 10, 2015

Semakin hujung kehamilan, makin penat. Masa ni ramai orang yang kita jumpa akan tanya soalan yang sama. Due bila? Bersalin hospital mana? Dah booking ke? Laki ke Perempuan? Nampak perut kecik/besar/turun bla bla bla.

Wa paling malas nak jawab, bersalin hospital mana. Dah booking ke? Sometimes soalan-soalan buat Wa rasa stress nak jawab. Bukan apa. Wa plan nak bersalin di Putrajaya atau Serdang. Either one. Memandangkan nurse dan doktor di KK Bangi suggest untuk bersalin saja di Serdang untuk memudahkan Wa pergi..jadi Wa rasa better decide terus. Nurse kata better ke Serdang, memandangkan kawasan Wa duduk di Bangi. 

Untuk elakkan apa-apa kemungkinan di tolak atau lain-lain. Sebenarnya kita bersalin mana-mana takda masalah. Cuma pilihan pertama tu biar lah yang lebih mudah untuk kita tuju. Right? So Wa dah confrimkan hospital kerajaan tak perlu di booking. Kecuali jika ada ambil pakej-pakej swasta dalam hospital kerajaan. Contohnya di Hospital Putrajaya. Wa pernah request untuk bersalin di Putrajaya bukan yang pakej swasta pada mulanya dan minta surat refer. Tetapi Doktor kata tak perlu surat-surat kecuali jika Wa ada risiko yang klinik tak dapat nak handle, then boleh dapat surat. Hospital memang takda monthly checkup ye. Yang ada cuma di Klinik Kerajaan saja. Maka, pilihan utama Wa bersalin di Hospital Serdang. If, nak amek pakej swasta itu memang kelebihan, bila kita daftar masuk dah ada katil untuk kita. Tak perlu tunggu. Tapi kena cek la sebelum daftar adak kekosongan ke untuk due date anda untuk booking doktor kalau tak silap. If baca review, deposit saja perlu letak RM3,000. Even my family risau bersalin di hospital kerajaan sebab takut takda katil. Hmm Wa hanya fikir logik saja. Andai la patient nak bersalin sangat-sangat, takkan lah teruk sangat hospital nak biarkan kita beranak depan pintu hospital? Ada katil ke takda katil, doakan lah supaya kita ni selamat bersalin. Tu pun dah syukur. InshaAllah dipermudahkan. Doa saja baik-baik.

Yang menjadi stress, bila orang lain. "Eh betul ke tak perlu booking?" Booking lah, nanti takda tempat bersalin" Selalu mesti kena tunggu sebab katil tak cukup"  Errr..tak paham kadang-kadang macam ni. Orang yang tanya tu, pernah bersalin kat hospital ke? If memang dia tak pernah bersalin di hospital kerajaan mungkin Wa fahamlah. Hospital kerajaan tak perlu booking, sebab Wa dah confirmkan dengan klinik. Hanya datang mana-mana yang berdekatan dan bawa buku pink dan surat nikah. InshaAllah, tiada masalah untuk bersalin di hospital tu. Contoh lah, duduk di Bangi, sakit bersalin kat Muar. Takkan nak kene balik Bangi, confirmlah kena beranak kat hospital berdekat kat Muar. Takkan nurse kata, tak boleh Puan kena balik sebab tak booking. Lagipun Puan duduk Bangi. Ada soalan tu " Bersalin kat mana? KPJ ke KPMC?" Wow, cakap siang pandang-pandang saudari. Tak semua orang berduit nak bersalin di swasta. Boleh aja nak kumpul duit, takda masalah tapi perlu ke tanya soalan macam tu.

Wa hanya berdoa saja, dimudahkan bersalin. Kat mana nak bersalin tu tak kisah. Kerajaan atau swasta. Janji keduanya sihat dan selamat. Tu paling penting. Ada katil takda katil, mungkin la kita risau kan, tapi cuba fikir positif. Takkan nurse nak kita bersalin atas lantai. InshaAllah, masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Masa ni perut Wa dah nampak turun sikit. Ramai juga perasaan. Dan agak rasa ngilu kadang-kadang dan sakit di celah kangkang bila berjalan. Wa dapat rasa baby dah mula berat dan menurun, mungkin sebab tu dia ngilu dan sakit. Pergerakan baby agak perlahan dan suka mengeras. Tapi bila dah mula bergerak, agak lama baru berhenti. Kadang-kadang ada 10min juga dia berjoget-joget dalam perut. Apa agaknya dia buat, mungkin baru terjaga dari tidur. Dia suka buat tarian tengah malam. Siang2 tidur mungkin. 

Ada satu malam, Wa rasa sakit pinggang macam sengugut. Sampai tak boleh tidur rasa sengal dia tu. Pusing sana pusing sini. Minta husband urut kan, lega tapi tak hilang. Mungkin macam ni rasa nak bersalin kot.  Dalam fikiran risau sangat sebab baru 36 Minggu. Cuma takda apa tanda bersalin yang lain. Cuma sakit pinggang saja dan kadang-kadang ngilu di kemaluan. Wa pun tak pasti, adakah itu dipanggil Braxton Hicks. Perut keras tu kerap. Sampai rasa macam bola melekat kat perut. Nak masuk 37 Minggu ni, berjalan pun rasa susah. Bukan apa, dah rasa berat dan sakit di celah kangkang tu. Rasa nak baring saja dan malas nak buat kerja. Niat di hati nak ambil cuti awal seminggu bersalin. Tapi nampaknya dah tak larat macam ni, macam nak ambil 2 minggu awal. Tambahan pula, staff yang ganti belum lagi habis diajar T_T sobs. Projek yang besar pun tak bermula lagi. Risaunya hati. Confirm time cuti bersalin, rasa macam berkerja. Office call tu memang pasti!

Wa dah tak drive since dah sarat ni. Mengantok yang amat sangat, sampai terlelap masa jemm. Bahaya sangat. So, Wa kene take a nap before balik untuk elak Wa tak mengantok. Then husband kata, dia akan hantar Wa sebab bahaya untuk Wa driving keadaan macam tu. Bila balik memang flat. Syukur duduk dekat dengan parent, if husband tak dapat hantar or ambil sebab full appointment, parent Wa akan ambil. Alhamdulillah, rasa macam budak-budak lagi hehe. Till then, kita jumpa lagi :)

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.