Pregnancy Update : 33 Minggu Kehamilan, Raya with Huge Belly, Kuat Berpeluh, Penat, Darker Skin, Urat Timbul

Monday, July 20, 2015

As Salam, Dah lama tak update pasal kandungan. Alhamdulillah, lagi sebulan sahaja lagi menunggu saat kelahiran. Harap di permudahkan urusan. Masuk ke 8 bulan ni, Wa rasa detik paling mencabar. Orang kata tunggu hari, walaupun lagi sebulan je, reaksi orang tu macam esok je nak beranak! Haha lepas tu, dengan hari raya lagi. Memang rata-rata orang akan tanya, due bila, berapa bulan dah, anak ape, larat lagi ye jalan. Misi mencari baju raya memang failed. Sempat pergi ke Ampang Park lepas kerja. Kerja separuh hari pada hari Khamis. KL memang dah takda kereta. Round punya round, size semua tak padan. Sedihnya aku! Haha ni lah nasib bila orang dah plus size mengandung. Suami kata kalau orang size S mengandung, dia ada size nak pakai L ke XL. Tapi kalau you I tak tahu lah size apa yang ada T___T Garau kasar nampak encik Suami! Nak pergi Bangi Sentral, mostly butik dah tutup. Beraya dengan perut besar, kena banyak berkorban haha. Sambung cerita..


Hakikatnya, kaki mula sembab sikit. Tak teruk sangat macam Wa pergi JB haritu. It was a tough decision bila decide tak balik beraya di kampung belah suami. Which is at Penang. Knowing that my baby will be 33 weeks on Raya. Wa rasa tak berapa senang nak travel jauh yang akan makan masa more than 5 hours during festive season kan. I can imagine travel jauh tu, dengan RNR penuh, nak pergi toilet dengan situasi asyik nak pee pee je. Jem strawberi yang berjam-jam. Ohhh no. And maybe time macam ni, I cannot be a co-pilot. Then discuss dengan husband, balik Penang next year. Alhamdulillah, pada mulanya macam tak setuju. Akhirnya akur juga. Bukan sengaja, time mengandung untuk kali pertama, I cannot imagine how I feel during that situation.

 Lepas raya ada checkup di KK Bangi, nurse dah warning, jangan berat naik mendadak haha. Kena jaga makan, tapi tengoklah. Baru rumah pertama, nak bagi makan macam-macam.

 Otw ke Melaka

Bila bawa suami balik kampung. Sesekali, dia kena merasa nak kait rambutan. Maklumlah, kampung dia kat bandar hehe.

 Our first raya together. Sederhana sangat tahun ni. Takda baju raya, plus dulu masa raya Wa bawak beg make up aja penuh satu beg haha. Kali ni, suami kata apa yang ada saja.

Raya pertama di Bangi, dan kedua my family ajak beraya di Melaka dan tidur di Muar. Doa lah highway tak jem masa tu. Husband agak keberatan nak ikut sama. Pujuk-pujuk, akhirnya balik. Ini kali pertama bawa husband balik kampung. Perjalanan ambil masa 1jam 30 min. Beraya di Jasin kemudian masuk ke Selandar dan terus ke Muar. Sampai di Muar dalam Maghrib. Penat tu memang penat. Tambahan, urat yang timbul di bahagian ari2 tu semakin jelas. Sakit tuhan saja tahu! Nak bangun pun susah, paling payah bila baring, nak pusing ke kiri dan kanan. Ambil masa nak pusing sampaikan tidur mengiring sampai rasa kebas sebab lama tak bergerak. Nak jalan kena macam kaki tempang sikit. Haha orang tengok pun macam dah tak larat sangat aku ni. Padahal urat tu yang sakit. Kaki kiri punya urat. Memang if nak bangun dari bawah, kene orang tarik tangan. Urat tu dah lama timbul, cuma tak berapa nak sakit. Lately, mungkin sebab banyak kerja di office dan banyak berjalan, urat tu timbul dan tambah sakit.

Balik kampung, kene tidur kat luar, pakai toto je. Memang la seksa tidur. Tak tidur malam sebab asyik sakit je bila nak pusing. Tak selesa sangat. Bila bangun tu, kene duduk lama..baru la panggil suami/mama tolong tarikkan tangan. Lately, memang kuat sangat berpeluh. Dalam office pun boleh berpeluh. Ape tah lagi bila beraya. Muka ni memang meleleh peluh sampai menitik-nitik kat hidung. Nak tidur lagi la. Kat rumah dah pasang air-cond pun baju kaftan boleh basah! Dengar kata, bila menyusu baby nanti lagi rasa panas dan berpeluh. Jadi ibu-ibu  bersabarlah. Sebab tu menyusu badan boleh kurus hehe. Peluh yang keluar tu macam pergi gym!

Wa perasan, masa 3rd trimester ni, kulit Wa makin nampak tak bermaya. Ada mungkin sebab sejak mengandung, Wa malas nak pakai pencuci muka dan pelembab. Dan nampak juga di celah2 pelipat agak gelap. Masa dulu cerah, dan kini semakin gelap. Malu juga. Atau mungkin sebab kenaikan berat badan, menjadikan pelipat tu jadi tempat pengumpulan toksin dan mudah untuk berpeluh. Kene lah lakukan sesuatu. Baru anak pertama. Masa anak dara, Alhamdulillah takda masalah gelap di bahagian pelipat. Deodoran memang pakai yang sama. Sebelum ni takda masalah. Nak kata tak mandi, Wa pantang berpeluh mesti nak kene mandi sebelum tidur. If dah lewat sangat, mungkin ada skip untuk mandi sebab kadang-kadang balik kerja lewat. If atas pukul 10 malam, Wa akan elakkan mandi. Ada tak ibu lain ada masalah ni. Boleh share? Agak risau juga.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.