Wedding Review : Baju Sanding by Wedding Galore

on
May 10, 2015

So, ingat tak inpirasi baju sanding kat entry yang lepas. Actually, 80% Wa berpuas hati dengan apa yang dihasilkan. Kain lace Wa beli kat Bandung warna rose gold dulu ada kat entry ni. If tengok pada kain ni, lace yang diguna macam memang banyak dan penuh bahagian border sampai ke belakang. Selalunya tailor akan patch depan saja. Actually dalam hati, memang terdetik, takkan la takda ada lebih. Beli banyak meter dah la lace penuh T_T. Tapi memang takda lebih kata tailor. Sobs, takpelah redha je.




Masa trial tu, memang suka sangat!! Wa cuma cakap kat tailor, nak warna dusty pink tapi bukan lah gelap. So, dia pun faham la. Memula nak light lagi tapi tailor kata takut pucat. So, Wa follow je recommend dia. Jenis kain pun Wa ada ambil sample dekat Jakel. Bagi kat tailor untuk reference dia. Untuk kain net tu, Wa ada cakap taknak yang net murah sebab keras haha. Tak sangka bila siap, kain net paling lembut yang dia bagi. Suka sangat! Cuma masa trial tu kena later sikit bahagian lengan ada ketat sikit, bahu longgar dan lupa letak span. Overall memang ok sangat. Btw, tailor sediakan veil dan shawl. Cuma shawl Wa tak berapa berkenan sebab pendek dan kain kasar. Kasut pun tak banyak pilihan. Terlalu tinggi dan tak selesa. Cuma Wa ambil aksesori crown + rantai (tak guna pun) dan ambil tempahan bunga segar untuk hand bouquet. So, total kos baju nikah dan baju sanding termasuk lain-lain tu dalam RM2,100 kalau tak silap Wa.


For me, beading dia just tambah pearls kat border sikit, memandangkan lace Wa dah penuh beads. If uols nak anta yang jenis design beading tu, better hantar ke designer. Apa kelebihan buat baju baru, kita rasa selesa sebab orang pertama pakai. Plus, if ambil terus, kita ada option lah beli kain sendiri dan pilih jenis apa yang kita nak. Cuma lepas kahwin tu, terpulang nak sewa pada orang atau nak jual balik dekat butik. Rasa sayang sangat nak jual T_T. Untuk badan gempal macam Wa, memang suggest buat sewa baru atau baju baru. Saiz kita ni kan unik. Nanti alter sana sini rasa tak selesa dan buat kita rasa panas. Pada mulanya Wa nak design 2 pieces sebab tak confident nak pakai dress 1 piece. Takut susah nak pakai. Tapi tailor kata tak cantik, better 1 piece. Kain design bertingkat tu memang tak boleh sangkal, dari awal lagi Wa memang berangan nak macam tu hehe. Nampak kaki tu kurus dan tinggi lah sikit. Tailor Wa tanya,nak berapa tingkat. So, Wa suka yang bertingkat-tingkat bagi efek tinggi. Cutting baju tu tinggi skit dari lutut.

Nasihat Wa pada yang tengah survey nak tempah baju, if ada bajet lebih better buat sewa baru atau baju baru. If takda bajet,  yang berbadan kecil memang banyak sangat pilihan. Survey sepuas hati. Takpa survey awal macam 6 bulan lagi ke. Boleh compare harga dan design yang kita suka. Buat listing butik yang nak pergi. Selalunya kalau kat expo perkahwinan, banyak yang bagi pakej harga yang lebih jimat. Itu kalau anda berminat dengan design pelamin, dan baju yang di tawarkan. Adaa yang tawar murah tapi kualiti design takda. Tak up to date. Macam Wa suka design pelamin dari vendor lain. Kebanyakkan dari vendor berlainan. If kira ada beza sikit daripada ambil pakej. Mahal dalam RM200-RM300. So tutup mata absorb the cost hehe. Bagi berbadan gempal, better ambil yang sewa baru, agak mahal sedikit dari yang baju sedia ada. If ada baju sedia ada tu menarik, memang nasib ada baik! Sometimes, nak alter ada limit dia. Dan design untuk size besar kebanyakkannya biasa-biasa saja. If pergi butik moden sikit, memang susah nak dapat yang size besar. If ada cuma 2-5 design dari pada 20-30 pasang yang ada.

Wa memang recommend butik pengantin seperti Embun Klasik di Bangi. Design memang moden dan cantik. Plus harga pakej agak murah berbanding dengan butik yang high level. Tapi kualiti diberikan sangat bagus dan design up to date. Pelamin dia memang cantik2 baju pun baru-baru untuk di sewa. Harga memang berpatutan. Option kedua, memang nak tempah kat sana, tapi bila pergi Wedding Galore, butik lebih berpengalaman. Harga pun beza sikit saja. Wa pilih WG. Satu lagi, tailor Wa memang pandai cakap hehe. So, memang tertarik dan confident sikit. Cuma baju nikah tu agak ada kesilapan sikit lah, tak berapa nak puas hati. Silap Wa juga pilih design tak kena dengan design lace.

So, kepada bakal pengantin, pastikan tahu design apa nak, set bajet, survey sampai pengsan, compare harga, pastikan anda nego apa yang anda mahu dan tahu harga bagi setiapnya. Apa yang butik beri dengan harga yang ditawarkan..memang anda kena clear! Nanti dah siap veil lain harga, shawl lain harga, aksesori, bunga tangan. Sometimes, benda-benda macam ni butik bagi free or complimentary. Boleh nego!!

2 comments on "Wedding Review : Baju Sanding by Wedding Galore"
  1. Congratulations Waa on your wedding :)
    That's a really lovely dress.. x pikir lagi nk pakai ape kawen nti..
    Love the colour combo.. ^^

    ashchroniclesletsfly.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear. Dah nak kahwin nanti, sure dah banyak idea :)

      Delete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9