Pregnancy Update : 12 Minggu Kehamilan, Sakit Kepala!

Friday, March 6, 2015

Alhamdulillah, berjaya masuk ke akhir trimester pertama. Hehe sorry lambat post. Masa ni dah masuk minggu ke-14 :) Hello my 2nd trimester. Harap-harap sihat saja semuanya. Masuk dah 3 bulan pening agak teruk pada awalnya. Pagi, petang dan malam. Paling tak tahan masa nak balik rumah, dengan menghadap jem. Memang tahan sampai rumah, then baring tertidur sekejap sampai Mahgrib, mandi terus ok. Sambung pula ke malamnya sebelum tidur. Mengantuk tu jangan cakap lah. Habit malas memang tak boleh nak elak. Jalan malas, buat kerja malas, sampai satu tahap duduk depan PC pukul 10 pun masih lagi tak buat kerja hish!

Lately tidur memang kena bertemankan tiger balm. Sapu sana sini, memang bau minyak angin saja. Kalau tak.. payah nak tidur. Dan tidur pula agak susah. Lambat nak nyenyak dan selalu terjaga. Perut kadang-kadang tak rasa selesa. Pusing sana sini. Walaupun agak awal, berkemungkinan badan Wa yang besar ni rasa tak selesa sangat. Rasa lemas. Bantal pun kena tinggi.

Ada satu hari tu masa cuti raya cina. Si Dia pula sibuk menjelajah dengan geng motor. Wa tidur sorang minggu tu. Breakfast lambat, sebab ada urusan bank di PJ. Pagi terus pergi. Driving dari pagi sampai tengah hari. Selalu, masa dah tau pregnant, Wa memang akan rasa lapar pagi, dan cepat-cepat sarapan. Sebelum ni tak sarapan pun takpa. Minum air panas dah cukup. Tapi sekarang tak boleh lagi. Memang kena makan! Wa tak breakfast, sampai satu tahap tu rasa sakit perut, mungkin masuk angin. Beli roti makan dalam kereta. Then terus pergi lunch bila sampai office. Even dah makan still perut rasa tak sedap dan lapar. Yup, memang anginnn.

Malam memang tak boleh tidur, perut sakit menggila. Sampai rasa di kawasan nak kencing tu. Ngilu betul. Nak kencing pun ngilu. Angin pula tak nak keluar. Sakit-sakit perut dan badan tu memang tak tahan. Sapu la minyak, nak turun ke bilik Mama, rasa tak larat. Sampai lah pukul 3 pagi, Wa tertidur dalam kesakitan. Esoknya lega sikit even rasa sikit perut tu angin. Alhamdulillah hari ke-2 malam tu dah ok. Lega sangat. Lepas peristiwa tu, memang Wa tak lambat kan breakfast. At least minum Milo untuk alas perut dan biskut pun ok. 

Akhir yang ke-12 minggu, pening dah berkurang. Petang segar je rasa. Takda rasa lagi nak baring-baring kat bilik Bos haha (Bos bagi permission tidur bilik dia hokayy) Dia kata masa pregnant memang akan rasa penat dan mengantuk. Take a nap at least 15 min. Then sambung kerja. Bagus kan Bos. Sebab Wa berisi orangnya, Wa tak pastilah perut tu nampak ke tak. Mama and MIL asyik cakap je dah nampak perut hahaha. Padahal tu memang perut boyot lemak Wa haha. Lepas kahwin memang makan tak ingat dunia. Hentam je. Naik berat menggila kot. Bukan sebab pregnant pun perut naik camni. Makan malam tak kira waktu T_T Oh no so healthy life. Pregnant ni jangan buat camtu la ok hehe.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.