Pregnancy Update : 8 Minggu Kehamilan, Bleeding

Monday, February 23, 2015

Selepas saja dapat tahu mengandung, Alhamdulillah takda rasa mabuk-mabuk, muntah atau morning sickness. Sihat saja. Cuma rasa penat dan rasa mengah. Pening dah hilang sementara. Ada satu minggu tu, my parent nak pergi Baling. So, saja nak datang jumpa before bertolak. Baru saja sampai rasa nak terkencing. Pergi toilet terus nampak ada darah. Merah dan cair. Panik!

Turun bawah jumpa SIL, she's a doctor. Dia tanya ada ketul-ketul ke? Banyak ke? Sakit tak? Jawapan Wa semua tak. Dia kata might be normal. Selalunya awal trimester memang ada bleeding. Then terus ke klinik Lita Alis, Bangi untuk scan. Dalam hati berdebar tuhan saja tahu. Wa tak pernah scan semenjak tahu pregnant. Jumpa saja doctor, semua soalan Wa tak boleh jawab sebab blurr padahal dia tanya bila hari pertama last period haha. Ok doctor give up, dia mintak scan. Masa scan ....kosong!!! Sekali lagi rasa nak pecah jantung. Doctor tanya balik, takda ketul ke, sakit ke, ape ke. Memang takda! Mula lah Wa fikir macam-macam. Doctor mintak keluar rehat minum air banyak-banyak then masuk balik.

At the mean time, pad Wa tak penuh pun. Doctor minta sample air kencing untuk pastikan betulkan ke Wa pregnant even Wa dah cakap dah buat confirmation dengan Az-Zahra. Bila masuk nak scan kali kedua, still hampa. Kosong juga. Doctor risau dan pelik, terus die buat surat dan refer ke Hospital Serdang dan jumpa doctor pakar. Kemungkinan suspected kandungan luar rahim Y_Y cuma agak pelik sikit tak sakit. So, esok Wa refer ke hospital awal pagi, masuk kecemasan terus sebab bleeding. Kalau bleeding dia kira serius, tunggu nurse amek tekanan dan doctor (pelatih kot) datang tanya-tanya sikit dan scan. Scan pun still tak nampak. Then dia panggil beberapa doctor lagi dalam 4 orang cek pun tak nampak. Dia minta sample air kencing lagi dan terus refer ke pakar sakit puan.



Untuk scan secara transvaginal, pakar sakit puan yang kene buat. Bila pergi ke wad bersalin, tunggu pula di tempat wanita-wanita ngah tunggu sakit bersalin. Alahaiiii kesiannya, Wa pulak yang takut. Ambil darah beberapa botol dan air kencing lagi. Tapi tak dapat nak kencing sebab tadi dah bagi sample. Bila doctor pakar dah ready nak scan, dia mintak tanggal kan seluar dalam siap-siap, memang dah prepare nak pakai kain senang. Dia scan seperti biasa nampak kantung. Alhamdulillah cuma agak blur sikit. Doctor kata, lapisan perut tak sama, mungkin ada tebal tu susah nak detect. Dan scanner pun ada yang canggih sikit, mungkin saya punya HD hehe. So dia tanya nak tengok lebih clear kena seluk guna scan transvaginal. Wa pun ok. Tak sakit cuma geli dan senak sikit. Alhamdulillah syukur, nampak lebih jelas, ada kantung, jantung dan isinya. Doctor kata normal bleeding as long as takda sakit, ketul-ketul dan darah yang banyak. Boleh balik dan buka buku merah terus.

Selepas tu, bleeding Wa berkurang dan ambil masa 4 hari dan betul-betul berhenti tapi masuk minggu ke-9 ada sekali dan munggu ke-11 sekali dan minggu ke-12 sekali. Tu semua cuma spotting dah tak berlanjutan. Last masa minggu ke-12 tu Wa memang tak pergi doctor cek sebab ada appointment dengan doctor kat KK untuk scan. Alhamdulillah bila scan, baby ok :)



1 comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.