Food & Travel Penang 2 : Seberang Perai, Padang Broom (Brown), Feri, Mee Sotong!

Monday, January 12, 2015

Masuk hari kedua, selepas saja sarapan di Nasi Lemak Cinta Sayang, kami bertolak ke Seberang Prai. Kali ni tidur di rumah kakak MIL yang ke 4, Aunty Pah. Sempat juga singgah melawat kawan Wa baru lepas bersalin. Kemudian terus bertolak ke destinasi seterusnya. Elok pukul 12.30 tghari untuk lunch! Apa lagi dijamu makan besar-besaran lah. Perut kenyang lagi padahal haha.


Nampak tak kari tu, istimewa dibuat dari rempah giling. Mana nak cari orang buat kari guna rempah giling lagi. Aunty Pah still lagi amalkan masakan orang lama gitu. Rasa kari dia pun lain. Orang Penang masak kari memang tak letak santan. Memang pure rempah kari rasa. Selepas makan, rehat-rehat kat rumah. Pukul 6 kami bertolak ke island, apa lagi naik feri!

Feri Pulau Pinang




Rasa nervous pula naik feri. Macam-macam fikir haha. Adus tapi buang jauh-jauh lah, enjoy saja. Naik feri malam tak nampak permandangan. Nampak lampu-lampu jalan dan kapal-kapal. Sebelum naik tu kena lah tunggu. Tak lama pun, paling lama dalam 30 min. 

Padang Broom

Selain daripada Padang Kota, kalau nak cari makan cendol, pasembor, mee sotong etc boleh datang kat sini. Kata cousin Si Dia, kat sini jauh lebih murah sebab kebanyakkan pelancong atau orang luar tak tertumpu kat sini. Jadi harga masih lagi berpatutan 



Pada siapa yang tak kenal pasembor tu, haaa ni dia punya pilihan. Rojak le kata orang kita. Memang sedap, rasanya kalau kuah rojak tu sedap, sedap la semuanya! Ish bila tengok gambar ni balik, mula lah terliur haha. Ni semua dalam RM30++


The Famous Mee Sotong. Mee Goreng di masak dengan sotong. Macam ada sambal-sambal sikit. Memang recommended! Wajib try if uols datang Penang. 


Oleh kerana Wa sakit perut dan cirit-birit, sebab dari hari pertama asyik makan kari, makanan berempah, Wa cuma rasa-rasa saja. Sempat bungkus bawa balik sebab takut kempunan haha, tapi tak sedap lah. Masa panas memang kaw! Wa makan bihun sup masa ni. Ni pula, Mee Rebus. Tak rasa tapi rupa memang nampak sedap.


Actually tempat makan ni dalam proses renovation, jadi tak berapa nak cantik lagi tempat ni. Ada lagi bahan-bahan binaan yang bersepah-sepah kat kawasan ni. Toilet pun guna yang tarik tu. Kalau agak nak buang air tu, memang susah la. Jadi pepaham la ye, kondisi Wa yang cirit-birit ni. Nak makan pun takut-takut!

Kita sambung JJCM hari ke-3 nanti! Da ~

1 comment

  1. Terliur nampak. Best baca blog pasal travel, makanan ni... Nanti senang klu nak pegi sana.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.