Food & Travel Penang 1 : Nasi Kandar Hussain, Pasar Pagi & Nasi Lemak Cinta Sayang

| On
1:33 PM
Bercuti di Penang memang dalam perancangan sebelum kahwin. Kami mengambil kesempatan bercuti masa cuti Krismas. Ambil cuti separuh hari Rabu dan bertolak ke Sg.Petani dahulu tidur di rumah Aunty. Kami bertolak dari Kajang dan keluar ke Jalan Duta dalam pukul 2 petang. Selepas tu jem di Rawang sebab ada lori terbalik. Nasib tak hadang jalan. Perjalanan kami alhamdulillah ok, cuaca pun mendung, sejuk tak hujan dan renyai saja. Kami singgah di RNR Sg Perak untuk solat dan terus kan perjalanan. Sehingga di Juru jem sebab orang balik kerja mungkin. Alhamdulillah sampai di Sg.Petani dalam pukul 9 malam.

Sg. Petani, Nasi Kandar Hussain
Sampai saja di rumah Mak Cah, dia bawa kami makan malam di Restoran Hussain Nasi Kandar. Dengar kata memang popular kat Sg.Petani. Ada macam-macam cawangan, kedai buku, kedai emas etc. Nampak tak orang beratur? Wa ingat Nasi Kandar Beratur je yang beratur?!


Kami memang lapar masa ni! Tak buang masa lagi beratur sekali, memang panjang line.



Haaa Wa memang jakun masa ni. Apa yang best Nasi Kandar?? Sampai beratur malam-malam. Masa ni dah nak pukul 10 kot? Ce tengok lauk dia.




Lautan kari uols. Wa kalau makan suka amek kuah je kari sikit, masak merah atau kicap. Ayam Goreng atau Ayam Masak Madu. Yang terliur kari tu, selalunya kambing, telur ikan dan telur sotong! Wa rasa ada sepinggan nak RM20 haha sebab telur sotong mesti mahal! Btw, masa ni nasi kosong dah habis, so makan nasi bryani. Yang ramai orang order kat sini Murtabak dia. Memang gabakkk. Tapi Wa rasa biasa je.


So, ni lah Mak Cah and Daddy, kakak sulung my MIL. Orang nya peramah sangat dan kelakar. Yup, I found Mak Cah memang suka melawak and very kind. Memula jumpa dia cakap " Kami cakap memang suara macam tertelan speaker" Haha sebab dia cakap kuat! Dia kuat mengaji Al-Quran setiap hari and very systematic person. Every item dalam rumah, bila nak guna dia akan tulis tarikh! Oh my god, MIL kata memang family macam tu. No wonder karpet tu ada date! So, they know berapa lama guna and boleh bajet bila nak membeli selepas tu.



She is very humble lady, and banyak bagi nasihat. Dia hadiah kan Wa Yaasin dan Doa selepas solat. Keep this Wawa, so that you can remember me. Sambil cop nama dia...soooo sweet. And dia tunjukkan beberapa koleksi Yaasin yang dia ada. Percaya atau tak, setiap buku Yaasin yang dia dapat, dia kan baca setiap hari and she put a number! So, dia tahu buku tu dia dah baca. And ada one set Yaasin tu, ada nombor 1 hingga 30. So, 1hb - 30hb dia akan baca buku Yaasin tu lepas maghrib. Another thing i found, ubat dia buat ada nombor. Haha so interesting. Daddy also a very soft spoken uncle. Next morning he wanted to bring us, Pasar Pagi!

Pasar Pagi
Rasa macam biasa pasar tani kan. Tapi Pasar Pagi ni hari bekerja! Woah, or Wa yang jakun sendiri. Sama macam pasar malam. Dalam fikiran Wa, ada ke orang pergi hari bekerja. Ada je rupanya, mostly penduduk sini, mungkin bekerja sendiri. And paling ramai tempat ikan. Fresh betul!




Asam Jawa kat Utara memang popular ye, Wa beli untuk Mama and Mak Tam sebagai hadiah kenangan hehe. Ada yang jual takda biji. Tengok la ikan dia, geram betul. Mata ikan pun still berkilat dan jernih lagi.




Si Dia tak ikut, dia cuma pesan kuih-kuih Melayu. Mak Cik ni jual memang banyak pilihan. Yang menjadi pilihan Pulut Panggang dan Kuih Tepung (Pulut Tepung kot, tak ingat nama)


Masa nak balik, air ni memang menggoda!!! Wa tak pernah jumpa Air Tebu yang pekat dan fresh macam ni. Tak pasti la tebu apa dia pakai haha tapi memang manis! RM1 je satu cup. Oh heaven, mana lagi nak jumpa Air Tebu sesedap macam ni. Lepas minum sikit MIL tegur. Air ni tajam, it's not good for your tummy. Hmmm mungkin dia nak Wa berjaga takut Wa mengandung kot..Then half je Wa habis kan sebab tetiba takut!



Nasi Lemak Cinta Sayang





Selepas balik dari Pasar Pagi, Mak Cah bawa kami sarapan di Nasi Lemak Cinta Sayang. Tak silap Wa, ada cawangan kat Shah Alam. Asalnya memang di Sg.Petani, jual nasi lemak kat rumah saja. Sampai maju sekarang ni, ada banyak cawangan. Suka dengar orang business macam ni. Jangan lah pandang orang jual kuih, murtabak, cendol, nasi lemak tepi jalan tu, orang takda duit atau orang yang tak pandai.. Diorang lagi banyak duit dari kita..siapa sangka orang macam ni, hantar anak belajar ke luar negara tanpa pinjaman. Salute!
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9