Prosedur Kahwin di Selangor

| On
1:55 AM
Alhamdulillah, setelah selesai habiskan prosedur untuk borang-borang kahwin, lega rasanya!! Memula Wa pun agak confuse nak settle kan borang kahwin ni, tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Proses mudah, Wa berkahwin dengan orang Selangor juga. Jadi proses nya simple. Apa yang perlu kita buat?

1) Kursus Kahwin
Maybe ada yang dah pergi kursus kahwin masa zaman study dulu dengan member. Tapi Wa tak pernah pergi lagi haha. So, Wa pergi kursus kahwin kat Presint 9, Putrajaya. If uols tengok website Jakim, ada senarai kursus kahwin setiap minggu. Google saja, berlambak tempat kursus kahwin. Ini contact number tempat kursus kahwin Wa, boleh tanya pada Kak Ana 012-978 3149. Yuran adalah RM80 seorang selama satu setengah hari. Makanan disediakan. Sijil akan siap dalam tempoh 1-2 minggu. Boleh call untuk semak.

2) Ujian HIV
Wa ada buat entry berkenaan ujian HIV. Ujian ini hanya valid dalam tempoh 6 bulan sahaja. Jadi pandai-pandai lah uols budjet. Dan hanya di klinik kerajaan. Salinan akan diberi 2 salinan untuk disimpan oleh anda dan untuk pejabat agama.

3) Borang Nikah Online (Selangor)
Borang nikah boleh didapati di website ini. Buat akaun dan boleh isi borang-borang iaitu borang 1, borang 2C dan borang 2D.

  • Borang 1 - untuk mastautin, jika I/C and a sama dengan tempat tinggal sekarang tak perlu isi
  • Borang 2C - berkenaan pihak perempuan, 
  • Borang 2D - berkenaan wali
  • Senarai Semakan - untuk penyediaan lampiran-lampiran seperti I/C pengantin, I/C wali dan 2 saksi, borang HIV, salinan sijil nikah ibubapa dan salinan sijil kursus kahwin. Jika, anda janda/duda perlu ada lampiran-lampiiniran lain. Boleh semak pada borang ini.
4) Penolong Pendaftar Nikah (Seksyen 9, Bangi)
Bila dah lengkap semua borang, boleh buat temujanji dengan Penolong Pendaftar Nikah yang dilantik, Anda boleh semak dengan Pejabat Agama yang berdekat atau dalam daerah. Dia boleh beritahu nama dan nombor telefon PPN di dalam kariah kita. Untuk Seksyen 9, Bangi Ustaz Said Othman. Atau boleh call pejabat masjid berdekatan.

Anda perlu datang bersama ;
  • Wali
  • 2 orang saksi
  • Lampiran-lampiran berkaitan termasuk pengesahan permohonan nikah pihal lelaki
Ada yang berpengalaman kena ditanya soalan-soalan berkaitan agama dan perkahwinan, Wa jumpa haritu tak kena pula, mungkin sebab ustaz nak cepat. Be prepare saja hehe :)) Bila borang dah lengkap PPN akan minta pengantin, wali dan saksi sign dihadapannya dan selepas itu baru dia sign.

5) Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat
Bangi dibawah PAID Hulu Langat, jika anda tahu PAID Hulu Langat dan berpindah ke Bangi, dibelakang sekolah agama, satu deret dengan BOMBA, Balai Polis. Masa ni, ayah Wa yang pergi hantar borang. Tunggu untuk pengesahan oleh pegawai dalam 15-30 minit dan anda akan dapat borang kuning iaitu permohonan yang telah diluluskan. Masa ni boleh juga tanya jurunikah kawasan anda siapa? Ada yang booking awal sebelum hantar borang, kalau dah kenal-kenal tu lebih mudah urusan. Yuran RM10. Kelulusan borang nikah hanya valid 3 bulan saja ye!

6) Jurunikah
Selesai, borang tadi, serahkan borang-borang pengesahan tu kepada Jurunikah. Macam Wa, PPN yang sign tu adalah Jurunikah juga. Jadi senang lah kerja. Wa tak pasti lah kalau memang semua sama. PPN adalah Jurunikah, I dont really know. Uols kene semak and confirmkan dengan PAID ye. Apa yang perlu anda buat, call atau senang jumpa Jurunikah buat confirmation dan set date dan masa anda nikah. Pastikan dia catat dalam diary/telefon atau mana-mana. Kalau boleh tengok dia tulis (punya lah takut dia lupa ke kan haha) macam ayah Wa sampai minta dia semak buku dia depan kita, so, sama-sama nampak. Yakin lah sikit. Sometimes, orang nasihat remind Jurunikah 1 day before ke untuk reminder. InshaAllah, dipermudahkan.

Seterusnya, Wa akan sambung proses untuk Sijil Nikah, Kad Nikah. Pernah dengar intensif perkahwinan belia yang terima RM500?? Uols ada apply tak?


2 comments on "Prosedur Kahwin di Selangor "
  1. tak penah tau pon ada intensive rugi2..da kawen..huhu

    ReplyDelete
  2. hehe tak silap 3 bulan selepas nikah masih berpeluang nak apply.

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9