Resepi : Tortilla Ayam Panggang (Grill Chicken Wrap)

| On
11:18 AM
Salam! Harini Wa nak share berkenaan resepi yang simple dan sesuai untuk yang berdiet atau pun dah bosan nak makan nasi! Resepi ni, bagus juga kalau nak bawak bekal anak-anak atau kita sendiri pun boleh bawak office. Actually, nampak dalam peti ais wrap yang tak buat-buat lagi. Dah beli masa puasa haritu. Pergi Mydin beli chicken fillet, brokoli, lada bengala dan tomato.



Bahan-Bahan Ayam Panggang
Chicken Fillet @ Isi dada ayam
Minyak Zaitun
Black Paper
Garam
Serbuk Lada
Perasa
Sos Tiram / Sos Black Paper

Bahan-Bahan Sayuran (ikut pilihan)
Brokoli
Tomato
Bawang Holland
Lada Benggala

Bahan-Bahan Sos
Mayonis
Lemon
Bawang putih

Roti Tortilla jangan lupa!


Gaul kan isi ayam dengan lada hitam, garam, serbuk lada, sedikit perasa dan sos tiram. Perap dalam 15-30 minit. Boleh panggang / goreng dalam minyak zaitun yang panas. Bila masak, potong kan dadu ikut selera anda. Tak nak potong pun takpa. Wa potong sebab senang nak bungkuskan nanti


Kemudian bahan untuk sayuran tadi yang telah dipotong dadu, masukkan dalam lebihan minyak zaitun yang masak tadi dan gaul sekali lagi dengan ayam sekejap. Biar sayur tu layu sikit saja. Wa tak masukkan tomato masa masak. Wa masuk kemudian masa nak bungkus or bila nak makan. Sebab nanti air tomato tu keluar jadi lembik.



Untuk sos, Wa guna mayonis. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan gaul dengan mayonis tadi. Perah kan lemon dan rasa sos tadi ikut selera kot la terlebih bawang ke, terlebih masam ke, boleh alter balik.



Last sekali, Panas kan roti tortilla tu bagi dia lembut sikit. If kat microwave, just buat dalam 2 minit saja. Then sapu sos tadi dan boleh letak isi bahan-bahan tadi. Apa lagi bungkus la! Selamat Mencuba


13 comments on "Resepi : Tortilla Ayam Panggang (Grill Chicken Wrap)"
  1. Saya da mcubanya...mmg sedap n berbaloi2...tq atas resipinya!

    ReplyDelete
  2. Nak cuba resepi ni malam ni. Hasben tetibe nak makan tortilla. Heheh. Tq share resepi.

    ReplyDelete
  3. Anak saya dah lama minta buatkan resepi ni. thks .. nak cuba mlm ni

    ReplyDelete
  4. sos tu bawang putih mentah or kena goreng sket ke cmne ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sos tu guna bawang putih mentah..tumbuk sehingga lumat

      Delete
  5. Sedap n simple..save cost n sehat jugak..thanks dear

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap jer... kene cube ni... hihihiiii

    ReplyDelete
  7. Sedap..smlm dh cuba utk juadah buka posa.. 👍👍👍

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9