Bandung : Kain Nikah, Lace, Chiffon, Satin, Silk etc

| On
9:30 PM
Just got back from Bandung. This trip paling tak best sebab masa sangat singkat. Tiket beli dah setahun, 3 orang pergi balik cost about RM300++. Memang murah habis! Yang tak bestnya, Baba beli tiket Ahad pukul 7mlm, and balik KL Rabu pukul 7pagi. Supposely, 4 hari 3 malam, tapi actually its only 2 days je!

Hari Pertama
Seawal pukul 10.00 pagi kami dah sampai di Pasar Baru, a bit late jugak, Pasar Baru bukak 8.30 pagi. Kami menginap di Hotel Perdana Wisata, dalam 1km dari Pasar Baru. Or maybe less. Kami bercadang nak jalan kaki saja, memandangkan kali ini, Baba tak hire supir untuk jalan-jalan. Jimat sikit, sebab nak pergi tempat pun tak banyak. Fokus utama memang Pasar Baru!

Sampai saja, terus menuju ke kedai yang satu ni, dulu nama dia lain, sekarang nama dia Famous. Rasanya ramai tahu kedai ni, die dekat hujung bangunan dan dekat dengan toilet. Kedai ni memang popular sebab besar dan banyak pilihan kain terutamanya lace bermanik. Angaran harga yang boleh dapat dalam lingkungan RM143 - RM172 ++ semeter ikut design dan jenis kain juga. Murah dari Malaysia mungkin. Satu meter 2-3 kali ganda mahalnya. Orang nak berniaga memang berbaloi.

Wa terus saja cari lace yang sesuai untuk kain nikah. Tema warna  light butter yellow (pastel), nak cari lace yang sesuai ala warna rose gold, or yellow. Dah berkenaan pula dengan lace bermanik, terus je pembantu tu kenakan dekat patung. Wa pilih dua corak. Sebenarnya, cantik lagi kalau warna kuning/krim laca dia if bermanik, nampak lagi sweet. Tapi entah kenapa, tak terfikir T_T dah balik baru menyesal. Hehe.




Agak lama meneliti, tak tahu mana satu, sementara tu, Baba pulak sibuk survey kain untuk family. Nak cari royal purple, yang cantik tentu lah kain satin silk. Tapi lebih dia berkenan kain cotton atau lebih tebal lagi tapi bukan satin. Kata dia kain pecah bila jahit sebab ada pengalaman sebelum ni. Warna tak agak royal la, jadi warna dark. Anyway kain memang kene pilih betul-betul. So, dapat kain baju melayu lelaki untuk family, dark purple, mint green and brown.



Side Mama, masih lagi blur semua yang tak berkenaan dihati. Hajat dihati, nak pakai chiffon beaded macam kain tunang Wa dulu, rupanya kat Bandung takda! Sangat frust. So, sesiapa nak cari chiffon beaded, chiffon plain silk ala baju Nurita Harith tu, memang takda! Balik kene pergi Jakel jugak. Round few kedai, lace memang banyak, nasihatku if ada masa, pergi banyak kedai untuk survey, sometimes design ada yang lagi cantik dari kedai besar-besar. Apa yang Wa boleh tengok, kali ni, cotton and chiffon silk corak  tak banyak pilihan. Kain lebih kepada cotton sulam, chiffon sulam, opel, dan corak tak menarik sangat, lebih design yang penuh dan macam sari. Tak puas la kali ni pergi Bandung. Dengan masa tak cukup dan pilihan tak penuhi citarasa.



Kedai yang kedua, Wa beli semi french lace dan kain baju melayu nikah. Satin Silk sangat murah, jenis kain Roberto Cavalli (amboi !) memang lembut dan sejuk warna butter yellow. Semi french lase ni pun warna yellow, beli untuk 2nd option hehe. Tapi last sekali, semi french lace ni Wa buat untuk nikah, beaded lace tu tempah untuk reception nanti, its to heavy for my nikah. Beli 2.5meter, harga semeter RM70! Tengok design juga. Wa tak pasti kat Malaysia berapa.


Kedai ketiga, haaa kedai ni memang banyak beaded lace cantik-cantik, tapi sayang Wa dah beli dulu hehe, kedai ni, kami beli kain untuk makcik-makcik nak pakai masa sanding. Baba decide semua adik-beradik dia pakai baju yang sama. Kat sini Wa beli kain Eye Lash Lace, first time dengar nama kain lace ni, tapi memang berkenan! 1 meter RM25.


Kedai keempat, recommended sebab pelayan dia peminat JDT hahahah. Nama kedai dia Bandung. Lawak dan sangat peramah pelayan dia. Wa beli kain untuk suit jenis kain Cartier (amboi!) warna hitam tapi nampak berkilat. Btw, reception Wa decide nak bakal suami pakai suit/blazer. 1 meter RM60.



Maaf lah, tak banyak tangkap gambar dalam kedai sebab busy sangat pilih kain, plus macam-macam perasaan ada! Takda mood betul cari kain kahwin sebab kesuntukan masa. 

My advise untuk beli Kain Nikah/Reception Bandung :
  1. Jumpa designer/tailor, minta advise, design yang sesuai or yang kita suka, tanya berapa kain kena pakai dan jenis apa. Pastikan design dan warna confirm betul-betul.
  2. If nak beli bukan di Malaysia, boleh survey dulu kat Jakel, Gulatis, Mayasilk etc, kain-kain yang kita nak beli. Set bajet anda!
  3. Lepas survey and set bajet, fokus pada jenis kain dan warna yang nak beli
  4. Set warna apa nak, dan design yang and suka
  5. Kain yang tiada, jangan membazir untuk beli sekadar ada. Balik Malaysia beli kat sini!
1 comment on "Bandung : Kain Nikah, Lace, Chiffon, Satin, Silk etc"
  1. wa yang lace manik tu sangat cantik..aah klu kat msia sangat mahal kot...

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9