Hunting for Kain Tunang

Saturday, November 9, 2013

Selepas saja minggu merisik, minggu depan pula kakak ipar ajak ke Jalan TAR, saja nak cuci mata kalau-kalau berkenan untuk beli baju atau kain bertunang. Dalam fikiran aku, memang tak terlintas lagi nak membeli itu dan ini. Masih lagi tak percaya bulan depan nak bertunang.

Sampai Jalan TAR, macam biasa, SALE memanjang. Yang best hari tu adalah hari last untuk promo pakej pengantin. Singgah di butik pertama, Gulatis. Berkenan dengan chiffon beading. Semua cantik-cantik sampai tak tahu pilih...Wa aim warna peach dan light blue. Kalau ikut memang suka warna pink, tapi dah selalu sangat orang buat..Pakej yang dia bagi RM650 dapat 4.5m kain perempuan + 5m kain lelaki + samping. Mama kata better amek pakej sebab dapat 1 set.


Butik Gulatis yang kedua pula, takda pakej tapi kain lebih ekslusif. Kalau dikira ambil 2m saja lebih kurang RM400++. Baru 2m je + lining. Tapi kain memang cantik sangat. Warna pula sesuai untuk ocassion macam dinner. Agak gelap. Mama tak suggest sebab bertunang, nak nampak sweet kan.

Last, pergi butik sebelah, mayasilk warna ala hijau petronas, memang cantik sangat dan rare untuk bertunang. Warna agak bold tapi still nampak soft. Berkenaan sangat, tapi harga pakej tanpa set lelaki saja sudah RM550 tak silap.

If korang, mana yang better? Fo sure amek yang dapat set lelaki dan perempuan kan? So, we decide to pick yang butik Gulatis pertama. Bila pilih kain, Mama prefer pakai light peach, bila SA tu kenakan dia kata nampak pucat sangat. Pilih warna hijau, pun sama. Mint green. Kuning pun sama..so punggah punya punggah, jumpa 1 kayu kain warna light blue yang beading dia tak sama macam kain ada kat situ. Rupanya,  SA kata ini bukan kain dalam pakej RM650, ini kain kira meter..and she said, I kira kain pakej untuk you. weehu, memang betul beading dia lain!

Im a happy customer then. So, lepas tu fikir pasal tailor :) 

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.