Tahun 2011 Banyak Meninggalkan Kenangan Pahit

Saturday, January 7, 2012

salam semua, tahun baru azam baru bukan? apa azam anda? wa? dalam fikiran ni cuma nak majukan diri sendiri. kerja bagus, gaji banyak, tempat kerja yang bagus, dan kumpul duit :) insyaAllah.

tahun 2011 banyak meninggalkan kenagan pahit untuk wa. mungkin tidak bagi orang lain. seperti yang anda tahu, nenek wa meninggal pada tahun lepas setelah bertahun juga mama jaga...alhamdulillah, wa berpeluang suap arwah nenek, pakai kan baju, melayan kerenah dia yang kadang-kadang kelakar, tengok tv sama-sama. mungkin masa tu kita tak perasan bahawa ada hikmah. kalau tak kerana dia sakit, mungkin kami tak merasa nak kenal lebih dekat dengan nenek. anda pernah suap nenek makan? dengan bangga saya kata, saya pernah! syukur. masa ni kat hospital putrajaya. kesian nenek. 






selepas tu, kucing kesayangan keluarga mati. 3 ekor semuanya. tapi bukan lah serentak. dari comot, choteh hingga yang paling akhir kuning. dan sekarang tinggal seekor sahaja cholat. kucing yang pernah hilang setahun dulu, kini menjadi generasi yang terakhir bersama kami. semoga dia panjang umur. kami sekeluarga sayang binatang espeacially kucing :) cholat tu da ibarat adik je. hehe owh jangan jeles, mata dia macam pakai contact lense hahaha. ala-ala nudy lense.






selain tu, kontroversi tempat kerja. tempat kerja lama wa mengalami satu masalah pengurusan. ramai yang tak tahan nak kerja kat sana. memandangkan, bos department wa pun berambus juga. kami semua hilang arah. ramai yang berhenti dan mencari tempat kerja lain. alhamdulillah, wa dapat tempat kerja sekarang ni. yang lebih kukuh dan ok laaaa. even tak ramai kawan, dan kadang-kadang tertekan..tapi tu lumrah bekerja. ada rezeki tempat lain, kita cuba. wa takkan lupa tempat kerja lama. di situ, kami semua kenal erti persahabatan, berkerjasama, dan ladybos kami memang syok. mane nak jumpa pagi, bos yang belikan saparan untuk kami. hang nak apa? mcd? nasi lemak? roti canai?!!! mana nak dapat bos buatkan sandwich bila staff lapar! ok abaikan gambar ala-ala nak tidur tu. tu stress sebenarnya hehe 




semoga tahun baru memberi makna yang manis buat kita semua. umur pun dah 25 tahun. wajib kahwin pun orang kata. hahahah. da~

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.