Back to December - Family Gathering

Saturday, January 28, 2012

alhamdulillah, kami di kurniakan satu keluarga yang besar dan happy! pakcik, makcik, sepupu semuanya rapat macam adik-beradik sendiri. jangan hairan pula ada orang dengan sepupu sendiri pun tak pernah bercakap. tapi kami, makanan penyatu kami semua ahahah kidding. hari krismas yang lepas, kami sekeluarga ambil peluang untuk mengumpulkan saudara-saudara yang lain untuk bersama-sama. potluck! masing-masing bawak masakan masing-masing. tapi gambarnya takda pula. memang meriah, ada bbq kambing & ayam, nasi, mee hailam, potato salad, pengat durian..aihhh macam-macam! yang paling seronok, sembahyang jemaah beramai-ramai. selalunya, lepas sembahyang maghrib tu ada usrah sedikit :) seronok kalau macam ni selalu. 











harap ada lagi untuk tahun 2012! insyaAllah

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.