Happy Mother's Day

Monday, May 9, 2011



siapa yang tak sayang mak :) wa nak ucapkan selamat hari ibu kepada mama wa. you are the best evetho, mama dapat anak perempuan yang degil tapi sayang tak pernah kurang hihi. wa rasa mama adalah contoh terbaik dari segala segi.

macam-macam cabaran yang mama terima dari wa kecil sampai sekarang. waktu wa kecil, wa selalu admitted kat hospital sebab serangan asma. mama juga, yang jaga wa di hospital dan terpaksa cuti berhari-hari. kalau wa demam pun mama ambil cuti. wa ni memang selalu sakit masa kecil-kecil dulu. kalau dulu, wa nak barbie call je mama tengah hari tu. balik kerja mesti mama bawa balik barbie. it's true, she did everything for me. just name it.

dua tahun mama jaga arwah nenek, memang mencabar kesabaran mama. mama seorang anak yang baik. mama jaga nenek penuh kasih sayang. dalam pada masa yang sama, mama tak lupa jalan kan tanggungjawab seorang ibu di rumah. walaupun kadang-kadang mama penat jaga nenek, mama tak sempat makan dan masak untuk diri sendiri.. tapi bila kami semua balik kerja mesti makanan malam tetap tersedia. wa tahu mama penat sangat-sangat, tapi mesti dia masak juga.

mama, seorang ibu mertua yang sporting. mama rapat dengan kakak ipar. kalau jumpa mesti ada je benda nak kongsi cerita. mama dah anggap kakak ipar macam anak sendiri. bagi wa, masakan mama memang sedap. semua anak akan cakap masakan ibu adalah terbaikkan hahaha. tapi memang betul, if wa duduk kat rumah sewa, masing-masing akan cakap, eh mak aku masak macam ni, mak aku masak cam tu. masing-masing bangga kan cara masakan masing-masing.

wa tak dapat bayangkan kalau berpisah dengan mama. kalau mama takda seminggu dekat rumah, kucing wa pun dapat kemurungan. bukan saja kami. hahaha. betapa kosong nya hidup kalau tiada mak. masa wa kat sarawak, wa bukan jenis telefon mama setiap hari. tapi mama selalu telefon wa. and  walaupun mak kita semua suka bebel tapi bila satu saat kita tak dengar bebelan tu, kita rasa rindu. betul :)

so, selamat hari ibu !!!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.