Asam Pedas Paling Sedap di Dunia

Monday, March 7, 2011

wuhuuuuu. nak tahu, almost every week wa and family akan makan asam pedas. betul, mama kalau boleh hari-hari nak masak asam pedas haha. my mum dari muar and my dad dari melaka. so, memang kombinasi kuat lah bab asam pedas ni. asam pedas muar dan melaka amat berbeza. err dari segi ramuan memang wa tak dapat terang kan. sebab nak masak pun wa tak reti asam pedas ni. selalu failed. tapi tang rasa, kita boleh beza.

dalam family my mum, adek dia yang paling superb masak asam pedas selain dari nenek. nenek punya memang takda orang boleh lawan la. bukan my mum punya tak sedap, tapi air tangan orang lain-lain kan. setiap kali balik kampung, menu utama yang di masak adalah asam pedas ikan mayong. ape dia ikan mayong ni ?? pernah dengar tak. die lebih kurang spesis dengan ikan duri. tapi sodap di makan. jika anda pernah berjalan-jalan di tanjung agas, ade kedai melayu yang jual asam pedas. semua jenis ikan ada termasuk ikan duri, ikan mayong (the best of the best kat muar), ikan pari (errr 2nd best for me), ikan keli dan ikan yang seumpanya dengan nya.

sebelum balik KL, my mum akan borong dekat pasar bukit pasir, kepala ikan mayong. seperti kefemesan (famous) kari kepala ikan, seperti itu jugak lah femes nye asam pedas kepala ikan mayong ni. seperti yang anda tahu, nenek memang duduk dekat rumah kami. jadi every month, pak ngah n family dari jb akan bawak atok dari kampung muar untuk melepaskan rindu pada nenek di rumah kami. seperti biasa, menu nya, ASAM PEDAS IKAN MAYONG. ok nampak scary, kalau korang tengok kan. tapi sumpah telan air liur ! gulp.









scary tak ? ni untuk ramai orang makan tau. masa ni mak ngah wa yang masak. ni la lauk setiap minggu dan setiap bulan. tak muak, tapi ketagih hahaha. bila wa nak belajar resipi asam pedas ni agaknye !!!

2 comments

  1. errk..terliur la plak.... lame xmakan asam pedas.. U__U ikan mayung pon xpenah try..
    ade sedare kat Muar..die ade mention kedai asam pedas yg sedap..mungkin kedai yg ni la kot..=)

    ReplyDelete
  2. best :) if aunty u dok muar, lagi senang nak cari. if nak asam pedas melaka, try pergi kat medan ikan bakar area merlimau. memang sedap :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.