Ayam Panggang Kak Senah

Saturday, September 4, 2010

 salam, semalam abg kemal datang rumah bersama kak hanim. saja singgah nak hantar kuih raya dan sedikit hadiah raya pada atok, mama dan baba. masing-masing dapat baju raya :) seronok dengar cerita kak hanim pasal hidup berumahtangga. setiap kali dia datang, sure kami bercerita. seronok ada kakak! malam tu kak hanim ajak ke downtown cheras. first time pergi jem gila. keluar rumah pkul 10mlm pkul 12mlm pun tak dapat parking lagi. bila sampai, penuh nya umat manusia. maaf lah tak ambil gambar. huhu pelik pulak nanti tengah berimpit-impit dan saya sibuk nak bergambar hehe.

saya tak beli apa-apa sebab esok nak pergi IOI puchong untuk shopping raya. jasi save budget sekt ^_^. kak ipar saya lah yang shopping. ohhh lupa pulak, lepas berbuka, saya tolong mama bakar ayam.
perhhh sedap gila kali ni!! before ni buat tak berapa rasa sangat rempah. tapi sayang mama lupa letak madu. if not sure gempak!


hari ni seperti biasa kerja sampai pukul 1 tghari. sudah malam tadi balik hampir pukul 3 pagi. mengantok tuhan je tahu. balik je rumah terus cari bantal. bangun-bangun rasa geli hati pulak tengok gelagat adik-adik saya.semua ada kat rumah dan kelaparan sebab hujan agaknya. pantang nampak orang pergi dapur, semua beratur depan pinggan. masa ni mama gelak-gelak tengok gelagat diorang macam beratur kat kantin sekolah. hahah.



ok makanan takde lagi. so, diorang tunggu dengan penuh sabar. sampai ikan rebus masak dan sejukkan before gaul dengan nasi. yang kiri tu cholat, comot dan kuning :)


saya syg adik saya!!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.