Iftar @ Pasar Ikan

Wednesday, September 1, 2010


sebenarnya, wa berbuka di Manhattan Fish Market pada jumaat lepas. saja nak update untuk tatapan hidangan makanan huahua. lokasi sebenar ialah di alamanda. kat mana lagi nak dating ^_^. paling senang nak pergi dan balik sebab kami tiada transport dan saya tak sanggup nak naik motor dengan si dia. tak manis hakhak. sudah 3 kali selama 3 tahun kami berbuka bersama. dan selalunya suatu kemestian walaupun sekali.

ini pun selepas bergaduh besar dengan si dia. maka, pergi jugak lah even masih marah lagi. si dia kata, wa, if nampak makanan sejuk la hati..betul jugak, sebab tengok semua makanan macam teruja, marah pun hilang serta merta. hehehe. memula wa nak set Seafood Platter RM46 for two person. tak termasuk air. tapi si dia berkeras taknak sebab ada set ramadhan RM70.90 termasuk Seafood Platter (perisa lain sedikit dari wa pilih), Ice Lemon Tea, Chicken Soup, Puding. Katanya jimat semua dalam 1 set. Tapi wa memang nak jugakkkkkkk yang RM46 tu. sebab utama, fish fillet die goreng berbanding other ser macam stim2 gitu. plus udang goreng tempura and special sauce on top. Si dia kate tak nak jugak. Jadi wa mengalah sebab dia yang belanja T__T.

source : google
ok ni lah pilihan wa tu. sedap kot nampak!!

ni plak yang kami makan

tengok udang dia macam kecut je. tak suke set ni tapi habis plak haha. wa pun non-stop nak buat dia serba salah sebab most of the customer pilih Seafood Platter yang wa suka tu. haha si dia kata esok kita datang lagi makan yang tu. tapi tak sanggup lah, kering duit. saja sakat dia, tapi apa-apa pun waa happy sangat sebab kami da berbaik balik and paling best dapat berbuka sama. pilih la menu apa-apa pun, sedap ke tak, makanan sure habis :) kami kuat makan!


lepas berborak-borak hilang kan kenyang, wa plak belanja minum starbucks. konon, nak upah dia teman wa sementara tunggu baba ambik. cis, tak ikhlas pandai nak paw saye!


Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.